Friday, 25 December 2015

Persedian awal tahun bagi prasekolah 2016

Hari ni nak kongsi sikit persiapan untuk menghadapi kerenah murid2 prasekolah yang baru bagi tahun 2016.. cikgu sha dah berdebar ni.. macam mana la murid2 baru tahun 2016.. harap-harap tak ada la yang panjat pagar lari dari sekolah.. cikgu dah bersiap sedia dengan senjata ni... hahaha.. bukan senjata apa senjata cikgu sha ialah menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik la untuk murid2.. awal-awal tahun macam ni kena tarik perhatian mereka supaya mint untuk belajar... so ini adalah antara senjata2 cikgu sha bagi persediaan awal tahun 2016.

Aktiviti-aktiviti minggu pertama prasekolah

1. Mari mengenal kawan-kawan... 
    Cara nk kenal kawan-kawan cikgu sha akan minta murid membuat satu bulatan besar.. kemudian cikgu sha akan bagi belon satu sorang.. pastu murid tiup la belon tu.. bila murid dh tiup.. of coz cikgu n ppm yang kena tolong ikat belon tu.. bila dah semua murid tiup belon. Murid pengang belon dan lihat belon kawan.. murid perlu cari kawan yang sama warna dengan belon sendiri... lepas tu cikgu sha akan minta murid berkenalan dengan kawan.. dalam aktiviti ni cikgu yang banyak kena main peranan taw. Sebab awal-awal tahun ni faham-faham la... tahap malu murid ni sampai ada yang kaku macam patung ble suruh bercakap... hahhaha... tapi ble dh akhir tahun yang kaku macam patung ni la hero n heroin prasekolah... hahha  

2. Aktiviti lain ialah cikgu sha bercadang nak buat aktiviti permainan doh... murid-murid diminta membuat doh sendiri dengan bantuan guru.. kemuadian main la.. aktiviti doh ni boleh melembutkan jari murid2 supaya mudah menulis nanti.. biasa la murid-murid baru ni motorhalus xberapa nak halus lagi.. jadi cikgu sha kena haluskan la sikit.

3.Mencari yang sama. Aktiviti mencari yang sama ni cikgu sha akan amik semua kasut murid-murid kemudian letak di tengah2 kelas .. murid-murid dikehendaki mencari kasut masing-masing ... pastikan murid kenal la kasut masing2.

4.merenyuk kertas dan mengoyak kertas kecil-kecil. Biasa cikgu sha akan bagi kertas warna warni... suruh murid renyuk kertas tu sampai jadi bola.. jangan terkejut kalau ada murid-murid yang xdapat renyukkan kertas tu.. sebab motorhalus murid xberapa kuat lagi.. otot2 tangan xberhubung lagi.. lepas renyuk suruh murid buka semula kertas tu kemudian koyak kertas tu kecil2... lepas koyak kecil2 cikgu sha akan minta murid tampal pada dekat gambar untuk dijadikan kolaj.. biasa cikgu sha bagi gambar buah epal. xde la kertas yang dikoyak tu membazir je..

5.Bercerita tentang persekitaran sekolah. Bawak murid jalan2 kenal prasarana sekolah seperti tandas, kantin, perpustakaan,kelas,bilik guru dan sebagainya.

Saturday, 2 May 2015

MENDAKI GUNUNG SANTUBONG

Hari ni kita nak update sikit . 
Memandangkan cuti hari pekerja ni  kawan kita planning nak pegi daki gunung santubong. kite ni main ikut je... xde plak nk tanya en gooole ape la yang ada kat santubong tu n bagaimana la tempat tu...
semangat punya semangat nak daki gunung santubong ni... 
dah la xlme tak beaktiviti lasak ni..
10 minit kami jalan i dah surrender... i bagitahu kat kawan i, beb, i nak surrender.. kalau u olss nak teruskan , u all pegi la, i nak patah balik... hahhaha..  tapi kawan kita terus bagi semangat. alang-alang kita dah ada kat sini jom la naik sampai atas... kita jalan slow2 kalau penat kita behenti. i ni dah tak taw nak wat macam mane dah. memang jantung bedegup laju n rase nak pengsan dah. park warden tu cakap paling cepat 3 jam  dapat samapai puncak. ni baru 10 minit kami panjat i dah nak separuh mati dah. maklum la dah lama tak buat aktiviti lasak.then i teruskan jugak. semangat setiakawan tu la yang membuatkan semangat tu kembali datang. Last2 kita berjaya sampai ke puncak jugak taw.

so, i nak bagi view sikit sape2 yang nak panjat gunung santubong ni at least stamina tu mesti ada la.. kalau tak memang pancit ditengah jalan la. i  3 lagi kawan i miza, wani n yati berjaya panjat gunung santubong dalam masa 4 jam lebih dan turun pn empat jam. kami ni stamina tak berapa nak banyak tapi semangat tu kuat . tu yang dapat sampai juga di puncak gunung . kalau yang stamina kuat mungkin 3 jam dah boleh sampai kot.

ini la peta laluan tu.. kitaorang lalu jalan yang higligh kaler pink tu..

kami mula perjalanan jam 10.00 pagi n sampai dipuncak gunung jam 2.30.  jam 3. 20 petang kami mula turun dan sampai di kaki gunung jam 7.15 malam..

 
ni dia cabaran yang pertama.. melalui batu-batu



boleh kata laluan sangat mencabar.. kami terpaksa memanjat tangga-tangga yang tinggi
Banyak tangga-tanga macam ni terpaksa kami panjat. mase nak panjat tu terketar-ketar kaki.
meccabar x???

Memang betul-betul memanjat.. langsung tiada jalan yang mendatar ok..


Ini la view bila dah sampai kata atas tu.

Inilah sedikit sebanyak yang i dapat kongsikan untuk u all.. Nak taw lebih lagi boleh panjat sendiri ye.  Pengalaman tu penting.

Ni saya nak bagi tip-tip sikit sape yang nak panjat gunung santubong ini. actualy i pun belajar dari pengalaman jugak
  • Jangan bawak barang yang tidak berguna semasa mendaki.
  •  Bawa air secukupnya. boleh bawak minuman bertenaga .. jangan bawak  segelen air plak. nanti xlarat nak angkat. 
  • Bawak sedikit makanan yang boleh bagi tenaga segera seperti buah pisang n coklat.
  • Pastikan stamina kuat dan semangat juang yang tinggi.
  • Kalau yang ade sejarah sakit lutut tu bleh la bawak ubat atau spray for preparation.

sesiapa nak tengok view dari puncak gunung santubong sila la... selamat mendaki ye.

Saturday, 18 April 2015

SAYA SEORANG GURU PART 1

Hari ini admin nak ceritakan serba sedikit pengalaman hidup mengenai hidup sebagai seorang guru. Boleh cakap kata keramat sebagai "cikgu"  bermula apabila admin mula menjejak kaki masuk ke IPG . Admin belajar di IPG selama 5 tahun 6 bulan.

saya akan dipostingkan di negeri sarawak pada 1 Julai 2013. itu adalah tarikh rasmi.. pada hakikatnya saya lapor diri ke sekolah 4 julai 2013. sebelum saya tahu tempat dan nama sekolah tu bermacam-macam andaian dalam kepala saya.  

sekolah Pertama saya adalah SK Sampun Tebun yang terletak di daerah Samarahan . sekali saya dengar nama sekolah saya saya tidak dapat menyebut nama sekolah tu dengan betul. sehinggalah saya terpaksa menyebutnya beberapa kali barulah betul. Maklumlah saya baru nak biasakan diri dengan sekolah baru.. perlu belatih sebut nama dulu.

Bermulalah sebuah PErjalanan Saya Sebagai seorang guru 1 JuLAI 2013.

1 Julai 2013- saya menaiki bas dari rumah menuju ke Kuala Lumpur untuk berkumpul bersama-sama dengan teman-teman seperjuangan yang akan mendidik anak-anak di bumi kenyalang .

2 JULAI 2013- saya dan guru-guru baru yang lain berkumpul di EMPRESS HOTEL SEPANG untuk taklimat dan penyerahan tiket penerbangan ke sarawak. semua tiket diuruskan oleh KPM. satu kelegaan disitu. 

3 Julai 2013- penerbangan ke Bumi kenyalang.. tiba sahaja di sarawak kami sebagai guru baru dan pendatang baru dijemput dengan menaiki bas ke HOTEL MAGHARITA KUCHING. sekali lagi kami semua diberi taklimat oleh JPN sarawak. kAMI diberi penerangan serba sedikit mengenai megenai Negeri Sarawak. semua guru baru masing-masing berdebar untuk melihat sendiri tempat dan sekolah masing-masing. hampir 2 ribu lebih guru baru yang dipostingkan di seluruh negeri sarawak pada kali ini.  saya juga berdebar untuk tahu bagaimana tempat dan sekolah saya. kami bermalam di Hotel satu malam. pada keesokkan harinya Pihak PPD akan menjemput saya  memandangkan PPD Samarahan tidak jauh dari Kuching. Guru-guru yang lain akan meneruskan perjalanan ke PPD masing-masing . Ada yang menaiki sekali lagi dan beberapa kali lagi penerbangan dan ada yang terpaksa menaiki bas selama beberapa belas jam lagi... setakat ni saya bersyukur la kerana tak perlu nak teruskan perjalananan yang jauh. 
-Tapi PERJALANAN HIDUP MASIH PANJANG-

4 Julai 2013-Wakil PPD Samarahan(En Wan Zalmi) menjeput saya dan 2 orang rakan yang lain di hotel  dan membawa kami ke PPD Samarahan. Di PPD guru-guru dari setiap sekolah sudah datang untuk menjeput kami untuk  ke sekolah masing-masing. Cikgu Ina menjemput saya dari PPD ke Sekolah. Dari PPD kesekolah saya mengambil masa lebih kurang 1 jam Setengah dengan melalui jalan Darat (jalan raya).

to be continue....






SAYA BUDAK BARU BELAJAR

Hai teman-teman sekalian.. hari ini  baru nak mula berblog okkk... dulu dah pernah buat blog. tapi lupa kata laluan n so on.. so nak start semula..  rasa admin patut coretkan pengalaman yang admin lalui sebagai kenangan admin dan dapatlah di kongsi dengan teman-teman semua.

semoga teman-teman semua dapat berikan tunjuk ajar kepada admin.

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

berpantun la pulak...  

selamat berkenalan semua..