Hari ni kita nak update sikit .
Memandangkan cuti hari pekerja ni kawan kita planning nak pegi daki gunung santubong. kite ni main ikut je... xde plak nk tanya en gooole ape la yang ada kat santubong tu n bagaimana la tempat tu...
semangat punya semangat nak daki gunung santubong ni...
dah la xlme tak beaktiviti lasak ni..
10 minit kami jalan i dah surrender... i bagitahu kat kawan i, beb, i nak surrender.. kalau u olss nak teruskan , u all pegi la, i nak patah balik... hahhaha.. tapi kawan kita terus bagi semangat. alang-alang kita dah ada kat sini jom la naik sampai atas... kita jalan slow2 kalau penat kita behenti. i ni dah tak taw nak wat macam mane dah. memang jantung bedegup laju n rase nak pengsan dah. park warden tu cakap paling cepat 3 jam dapat samapai puncak. ni baru 10 minit kami panjat i dah nak separuh mati dah. maklum la dah lama tak buat aktiviti lasak.then i teruskan jugak. semangat setiakawan tu la yang membuatkan semangat tu kembali datang. Last2 kita berjaya sampai ke puncak jugak taw.
so, i nak bagi view sikit sape2 yang nak panjat gunung santubong ni at least stamina tu mesti ada la.. kalau tak memang pancit ditengah jalan la. i 3 lagi kawan i miza, wani n yati berjaya panjat gunung santubong dalam masa 4 jam lebih dan turun pn empat jam. kami ni stamina tak berapa nak banyak tapi semangat tu kuat . tu yang dapat sampai juga di puncak gunung . kalau yang stamina kuat mungkin 3 jam dah boleh sampai kot.
ini la peta laluan tu.. kitaorang lalu jalan yang higligh kaler pink tu..
kami mula perjalanan jam 10.00 pagi n sampai dipuncak gunung jam 2.30. jam 3. 20 petang kami mula turun dan sampai di kaki gunung jam 7.15 malam..
ni dia cabaran yang pertama.. melalui batu-batu
boleh kata laluan sangat mencabar.. kami terpaksa memanjat tangga-tangga yang tinggi
meccabar x???
Memang betul-betul memanjat.. langsung tiada jalan yang mendatar ok..
Ini la view bila dah sampai kata atas tu.
Inilah sedikit sebanyak yang i dapat kongsikan untuk u all.. Nak taw lebih lagi boleh panjat sendiri ye. Pengalaman tu penting.
Ni saya nak bagi tip-tip sikit sape yang nak panjat gunung santubong ini. actualy i pun belajar dari pengalaman jugak
- Jangan bawak barang yang tidak berguna semasa mendaki.
- Bawa air secukupnya. boleh bawak minuman bertenaga .. jangan bawak segelen air plak. nanti xlarat nak angkat.
- Bawak sedikit makanan yang boleh bagi tenaga segera seperti buah pisang n coklat.
- Pastikan stamina kuat dan semangat juang yang tinggi.
- Kalau yang ade sejarah sakit lutut tu bleh la bawak ubat atau spray for preparation.
sesiapa nak tengok view dari puncak gunung santubong sila la... selamat mendaki ye.
No comments:
Post a Comment