Hari ini admin nak ceritakan serba sedikit pengalaman hidup mengenai hidup sebagai seorang guru. Boleh cakap kata keramat sebagai "cikgu" bermula apabila admin mula menjejak kaki masuk ke IPG . Admin belajar di IPG selama 5 tahun 6 bulan.
saya akan dipostingkan di negeri sarawak pada 1 Julai 2013. itu adalah tarikh rasmi.. pada hakikatnya saya lapor diri ke sekolah 4 julai 2013. sebelum saya tahu tempat dan nama sekolah tu bermacam-macam andaian dalam kepala saya.
sekolah Pertama saya adalah SK Sampun Tebun yang terletak di daerah Samarahan . sekali saya dengar nama sekolah saya saya tidak dapat menyebut nama sekolah tu dengan betul. sehinggalah saya terpaksa menyebutnya beberapa kali barulah betul. Maklumlah saya baru nak biasakan diri dengan sekolah baru.. perlu belatih sebut nama dulu.
Bermulalah sebuah PErjalanan Saya Sebagai seorang guru 1 JuLAI 2013.
1 Julai 2013- saya menaiki bas dari rumah menuju ke Kuala Lumpur untuk berkumpul bersama-sama dengan teman-teman seperjuangan yang akan mendidik anak-anak di bumi kenyalang .
2 JULAI 2013- saya dan guru-guru baru yang lain berkumpul di EMPRESS HOTEL SEPANG untuk taklimat dan penyerahan tiket penerbangan ke sarawak. semua tiket diuruskan oleh KPM. satu kelegaan disitu.
3 Julai 2013- penerbangan ke Bumi kenyalang.. tiba sahaja di sarawak kami sebagai guru baru dan pendatang baru dijemput dengan menaiki bas ke HOTEL MAGHARITA KUCHING. sekali lagi kami semua diberi taklimat oleh JPN sarawak. kAMI diberi penerangan serba sedikit mengenai megenai Negeri Sarawak. semua guru baru masing-masing berdebar untuk melihat sendiri tempat dan sekolah masing-masing. hampir 2 ribu lebih guru baru yang dipostingkan di seluruh negeri sarawak pada kali ini. saya juga berdebar untuk tahu bagaimana tempat dan sekolah saya. kami bermalam di Hotel satu malam. pada keesokkan harinya Pihak PPD akan menjemput saya memandangkan PPD Samarahan tidak jauh dari Kuching. Guru-guru yang lain akan meneruskan perjalanan ke PPD masing-masing . Ada yang menaiki sekali lagi dan beberapa kali lagi penerbangan dan ada yang terpaksa menaiki bas selama beberapa belas jam lagi... setakat ni saya bersyukur la kerana tak perlu nak teruskan perjalananan yang jauh.
-Tapi PERJALANAN HIDUP MASIH PANJANG-
4 Julai 2013-Wakil PPD Samarahan(En Wan Zalmi) menjeput saya dan 2 orang rakan yang lain di hotel dan membawa kami ke PPD Samarahan. Di PPD guru-guru dari setiap sekolah sudah datang untuk menjeput kami untuk ke sekolah masing-masing. Cikgu Ina menjemput saya dari PPD ke Sekolah. Dari PPD kesekolah saya mengambil masa lebih kurang 1 jam Setengah dengan melalui jalan Darat (jalan raya).
to be continue....
No comments:
Post a Comment